6 November 2016

Travelogue to Krabi: Part 1

Assalamualaikum semua!!!!


Finally i just made my vacation outside from Malaysia. (big clap for myself)

Sebenarnya plan nak ke Krabi nie dari sem 2 tak silap aku lah, so by hook or by crook nak jugaklah pergi sebab dah alang-alang dekat dengan border nie kan.

First memang rancang nak pergi ramai-ramai, tapi biasalah hanya rancangan. Plan bukan main kan, so yang tinggal just aku dengan Dee je.

Aku just cakap dekat mak aku je nak pergi Krabi and nasiblah mak aku nie sporting even tahu aku pergi dua orang, dia lepas je cuma pesan macam-macam lah termasuk "souvenier".

So, masa cuti sem hari tu aku ngan dee dah booked pakej ke Krabi sebab almaklumlah dua-dua tak de pengalaman nak backpack ke nak melancong ke luar negara ni. Dengan harapan bila dengan pakej nie senang lah tapi bagi aku kalau korang semua nak ke Krabi, better pergi sendiri.

SEBAB APA??

-sebab kat sana senang je transportation dia and kalau pergi under pakej, masalah dia just time limitation-
-korang takkan puas nak stay satu-satu tempat tu lama-lama-


Time nak pergi tu jugaklah, kira dekat sebulan sebelum pergi baru kitaorang buat passport, tu pun buat dekat Imigresen Alor Star.

Okayh meh aku cerita macam mana aku pergi Krabi kan.



Kegigihan nak buat ala-ala backpack sangat. Antara barang-barang penting sekali.

Pagi-pagi lagi kitaorang dah bangun dalam pukul 5.30 pagi, nie semua sebab gara-gara takut queue panjang dekat border nanti.

Almaklumlahkan students, so kitaorang just naik kereta sapu dari UUM ke Bukit Kayu Hitam and sampai sana pukul 7.15 pagi. Nie semua gara-gara driver kereta sapu tu lambat and kebetulan yang tour guide kitaorang tu baru cakap kalau sampai lambat pun tak pe.
and aku be like.. What??

Tak pe lah sabar, dah lah memang tak tahu nak buat apa bila sampai imigresen Thailand tu, dengan white card tak tahu nak ambik macam mana--huhhh memang rasa seriau lah wehh... krik-krik kat sana.
Morning selfie is always the best

Nasiblah kan pandai survive, tanya-tanya dekat polis ke apa ntah yang jaga dekat border tu, Nasib lah diaorang faham whitecard. Kalau tak menangis terus kitaorang..

Dalam passport tu lah white card. So, nak masuk Thailand nie korang kena isi white card tau and white card nie ada dua keping, satu departure and satu lagi arrival. So, kalau kita nak masuk Thailand kita kena bagi Departure tu, tapi jangan koyakkan tau. Nanti pegawai imigresen sana nak cop and scan kad tu.


Ha nampak tu, nie time dekat border. Maknanya memang dah hujung negeri Kedah dah nie. 



Lupa nak pesan, buat yang first time nak masuk Thailand dari Bukit Kayu Hitam kan nie tips dia:

-First korang akan jumpa imigresen Malaysia, kat situ korang just scan passport je and kalau naik kereta tak payah nak gigih turun tau
-lepas tu dalam 1km ke 2km macam tu korang akan jumpa imigresen Thailand
-Dekat imigresen Thailand nie, korang kena queue, atau yang naik kereta tu aku pun tak pasti apa yang diaorang kena buat sebab kitaorang jalan kaki dari duty free ke imigresen Thailand
-tips: RM1 sila selitkan dalam passport anda ye, sebab kalau tak jadi macam aku kena soal macam-macam dengan imigresen dia sebab tak letak RM1 JE KOT.. (lain kali cakap lah awal-awal nak RM1 pak cik oii), yang aku nie sengaja nak tengok kena letak ke tak. Sekali hambek kau kena tanya macam penyeludup je aku nie.



Time nie dah setengah jalan dah nak sampai Thailand.


Ok nak dijadikan cerita nasiblah tour guide kitaorang nie sampai masa tengah queue tu and terus macam huhhh leganya. Sebab apa tau risau lah kot-kot pakej yang kitaorang ambil nie pakej tipu ke apa kan. Dah lah masa queue tu ada orang tanya dengan kitaorang "betul ke pakej yang korang ambil ni?" Memang berdebar lahaiii..

Ok, pakej yang kitaorang ambil nie adalah mix trip dimana pakej nie campur jugak dengan orang lain. Kitaorang bernasib baik sebab dapat family yang sporting kot time join ke Krabi nie

Ok dah settle dengan tour guide kitaorang tu (mean segala bayaran lah, tukar duit kat Danok) singgah dulu makan dekat Danok.

Breakfast:
Kuih nie memang macam chakoi tapi kan serius rangup and garing plus makan dengan sangkaya dia. Umphhh.. sedap bak hang..

Time nie si Dee nie sibuk nak makan nasi lemak, padahal kat Malaysia boleh je kot dapat

Lepas Breakfast tu, kitaorang terus ke Krabi tapi singgah dulu dekat RnR Trang tapi time nie kitaorang tak turun pun sebab zohor pun belum masuk lagi. Duduk je dalam van tu.

and teruskan perjalanan sampailah ke Krabi.

Perjalanan dari Danok ke Krabi cuma mengambil masa 4-5 jam tapi disebabkan aku mabuk jalan, aku rasa macam 10 jam dalam van tu.


mabuk-mabuk pun, selfie sempat lagi.

First destination dekat Krabi ni adalah Le Khao Kop Cave - tiket masuk 100bath tapi tour guide kitaorang mintak tips 100bath so jadi 200bath.

Ok, nak remind dekat sini, siapa-siapa yang takut tempat sempit (Claustrophobia) better you don't do this. Sebab sumpah aku cakap gua nie memang betul-betul menyeramkan kot.

Korang kena baring dalam gua tua and camera pun kena simpan sebab permukaaan gua tu betul-betul dekat dengan muka korang. Nak menangis pun ada bila ada dalam gua tu. 

Ada jugak kot tersekat time dalam gua tu, and luckily uncle yang bawak boat tu pandai imbangkan badan dimana dia terpaksa menekankan badan dia untuk tenggelamkan sampan tu supaya muka-muka and anggota badan kitaorang tak terkena.

kitaorang bahagi naik sampan, and bersyukur sebab tiga orang je dalam tu. Kalau tak mesti susah nak harung gua tu.


Nie kira pertengahan gua nie, dimana bot tu akan berhenti and kita boleh tengoklah hakisan-hakisan gua tu yang ada bentuk gajah and macam-macam lagi.
Kitaorang pun sebenarnya tak faham sangat Uncle tu cakap apa sebab english dia tak berapa nak fasih, so mengiyakan jelah.

Nie di katakan bentuk gajah. Apa yang aku nampak adalah kaki gajah je

Ni pulak, kononnya acara perkahwinan kot. (sorry kalau silap)


Tapi korang kena cuba jugak Le Khoa Kop Cave nie sebab betul-betul best and bagi korang pengalaman yang betul-betul best lah..  Korang kena rasa sendiri dekat sini.

Kalau nak dengar suara-suara kitaorang yang ketakutan masa dalam gua tu, nanti korang tengoklah video youtube kat bawah tu. Aku kasi link kat korang.




Ok lepas tu, kitaorang gerak ke Gastropod Fossil Shell untuk beli souvenir kat situ and dekat situ sebenarnya korang boleh bergambar dengan hakisan-hakisan ombak yang membentuk macam-mcam bentuk kerang, ketam and macam-macam lagi tapi ada tiket masuk tau. Cuma kitaorang tak masuk sebab mungkin kejar masa kot.






Ok lepas tu gerak pergi makan masa on the way nak ke hotel, tapi aku tak boleh blah betul dengan air teh Thailand. Memang rasa macam air teh boat noodle kot. Aku memang tak boleh masuk tekak dengan air teh diaorang.


Nie lah hotel kitaorang. THE PALACE AONANG.

Korang tengok je macam tu, tapi masuk dalam sumpah best gila. Ada swimming pool, (ada dalam video, cuba tengok nanti).


dari balkony hotel. 

lighthing cermin dia lawa kot.

waktu magrib dia, siap boleh tengok sunset lagi kot.






Ok rest and mandi, malam tu kitaorang gerak pergi makan malam dekat kedai tempatan. Kedai tu satu apa tak de tulisan rumi kot, nasiblah ada tour guide kitaorang nie, dia bagitahu kitaorang nak apa2.
Tapi tomyam dia sedap kot.. 

Then, kitaorang balik hotel balik and terus jalan-jalan sekitar hotel tu. Hotel nie kan memang area-area Aonang, macam Chenang Langkawi tu. Nak ke Pantai pun 200 meter je. Dekat je.








Aonang Beach Walk.

Lepas dari tu, kitaorang pun balik bilik and tidur.


Tunggu sambungan Part 2 pulak ye, lagi banyak aktiviti nanti.

20 September 2015

Short Trip to Malacca

Assalamualaikum wbt..

For this entry aku nak cerita sikitlah pasal aku pergi Melaka masa cuti sem nie.. Sebenarnya aku memang teringin.. kempunan nak ke Melaka.. So, nak dijadikan cerita mak cik (Busu) aku nie dia dah janji nak bawa aku jalan-jalan kat Melaka tu...


So masa raya tu, mak cik aku datang rumah aku time cuti raya dia.. - rumah Mak cik aku nie dekat Negeri Sembilan.. So, memang dekatlah dengan Melaka tu..


Oleh itu, aku pun followlah dia balik ke Negeri Sembilan tu...

Duduk sana in 2 weeks after tu baru boleh pergi Melaka.. Almaklumlah kat sana semua busy kerja...

Okayh, aku ke Melaka hari sabtu and the date tu aku tak berapa nak pasti..

Serious kali nie memang shirt trip sangat2.. Matlamat aku at least pernah jejak ke Melaka kira ok lah.. Eventhough masa kecik dulu memang selalu pun melawat Melaka..
Tapi masa kecik kan, apa yang nak diingatkan.

Apa yang aku sempat melawat kat Melaka hari tu tak adalah banyak sangat..

Tapi keseluruhan memang melawat muzium jelah kat sana.
For those yang minat akan sejarah sangat2 disuggestkan untuk melawat ke sana

Aku mula-mula je minat.. lepas tu dah penat sangat malas nak ambik kisah pasal sejarah bagai tu..

Bajet, aku tak pasti lah berapa sangat sebab semua mak cik aku sponsorkan..

Minyak sebab manual kan, dalam RM15 pun dah cukup..

Tol tak silap aku dalam RM8.40 pergi balik.. Tu pun aku keluar dari Senawang, Negeri Sembilan..

Okayh first-first kalau korang keluar exit Ayer Keroh tu korang akan nampak


Taman Mini Malaysia..

Kat situ tak silap aku ada macam-macam pameran rumah-rumah negeri dekat sana.. Aku tak masuk pun sini sebab macam tak berminat..  Just singgah tengok apa yang ada.  Tapi dalam hati menyesal jugak tak melawat sini. 

Next, kitaorang pergi dekat-dekat area menara taming sari.
Aku pun tak tahu nama bandar tu apa..

Yang pasti Melaka pun macam Penang yang selalu sesak dengan kenderaan..


Memang Melaka nie strategik dengan tempat pelancongan dia..
Kita just park our car, and having a walk at there..

First-first aku sampai terus naik River Cruise Melaka tu..


Harga tiket untuk dewasa seorang RM 15.90.. 
Harga yang kat atas tu untuk dua orang yee..



View River Cruise dekat tempat menunggu boat tu..




Ha tengok dalam tu memang banyak foreigner lah.. Nak kata melayu time tu kami dua orang je..


Selfie atas River Cruise satu.. 
Kalau naik River Cruise nie dia akan pusing satu Sungai Melaka tu.. So sekeliling dia korang boleh lah tengok pemandangan sekitarnya.


Next pulak, aku masuk Muzium Samudera.. yakni lebih familiar dengan muzium yang berbentuk kapal.


 Bahagian luar muzium tu...

Nie dalam muzium Samudera tu.. Lantai dia kayu kot.. So kalau berjalan tu boleh dengar lah bunyik krek krek kayu tu..

Tiket masuk muzium Samudera ni termasuk sekali dengan tiket masuk Muzium Samudera II dan Muzium TLDM. Just RM3 saja untuk dewasa.. 

Semua memang cerita pasal sejarah Melaka lah.. How they were did the trade at that time...

 Ni dalam Muzium TLDM

 Memang cerita sejarah pasal TLDM- TENTERA LAUT DIRAJA MALAYSIA

Replika kapal yang mana kita boleh masuk dalam tu.. Boleh lah tengok macam mana kapal tentera kan.

Next, Menara Taming Sari..
Harga tiket dia tak silap RM15 untuk dewasa..
Sekejap sangat naik dia dalam 5 minit ja..




View dari atas.. Aku guna panorama untuk tangkap sekeliling Melaka tu.


Next, pergi lah ke area Istana Kesultanan Melayu Melaka..
So, kita belajar sejarah lagi yee..
Tiket masuk kena bayar tak silap aku.. Dalam RM 5 macam tulah...

Yang nie betul-betul dekat dengan Dataran Pahlawan (shopping complex)


Kota A'Famosa..


Yang nie dekat atas Bukit St. John

Nak naik atas bukit nie, punyalah banyak anak tangga..
memang semput dibuatnya..

Seterusnya, Ke Bangunan Stadhuys.. alarr yang bangunan warna merah tu..


ha ni lah.. besar kot dalam dia..

Time nie memang aku kepenatan teramat..

Last but not least aku pun pergilah berjalan area sungai Melaka tu..
Kat sana ada orang busking, banyak kafe... 
Alar kalau naik River Cruise boleh nampak lah sekitar Sungai Melaka tu.. 

macam nie haa..


Lepas turun tu, kami berdua pun sibuklah shopping dekat kompleks apa ntah yang dekat2 area tu..

Yelah kemestiankan kalau pergi melawat tempat orang untuk bershopping..

Apa yang aku rembat kat sana kerepek, cencaluk, baju termasuk baju mak aku (2 helai), baju zahir, baju aku, dodol.. Nasib semua mak cik aku bayarkan

Jimat duit I...

Lepas shopping semua bagai, kenalah isi perutkan..

Orang kata asam pedas Melaka sedap...

Memang wishlist aku nak rasa asam pedas Melaka pun..
Alhamdulillah tercapai jugak...


So kita orang pun lepas makan tu bertolak balik...

Dalam pukul 8 jugak lah sampai rumah..

Finally Melaka  ✔︎


This is my short video (lebih kurang conclusion aku kat Melaka lah)

sehari saja dekat sana okayh..









15 February 2015

Apa yang terjadi bila beg duit hilang??

Assalamualaikum wbt..

Nak dijadikan ceritalah kan, hari tu aku pergi lah kl..
kononnya nak melawat kawan kat sana..

terjadi lah hal kan, purse aku hilang saat aku betul-betul nak balik ke negeri sembilan..

itulah terjatuh dalam teksi sangat..

dah terushing sangat nak balik kan..
haa tulah dah dipesan dek mak cik and mak jangan lewat sangat..

tulah balasannya..

Aku tersedar akan purse aku hilang tu pown time nak bayar teksi balik.. (teksi lain aku naik)

nasib ada letak RM30 dalam poket seluar..
before nie x pernah2 pown aku letak duit dalam poket seluar..

Serious cuak and my tear of course lah dah berjurai juraian kan..
dah lah kat tempat orang.. boleh pulak hilang benda tu..

So.. apa yang patut kita buat after hilang beg duit tu??

1) Report polis..

hahahha tak pernah2 pergi buat report polis sendiri, kan dah kena buat..

masa buat report polis nie kena bayaran taww... for a report RM2 dia charge..

2) Settlekan semua document penting yang hilang...

Bayangkan lah.. Okay IC hilang kena bayar RM100...

Every atm card = RM 12..

yang sadisnya aku buat dah kad atm bank islam.. boleh macam mana x sampai 3 hari boleh hilang balik..

gila tak kena marah dengan semua orang...


So korang bayangkan lah berapa banyak kerugian yang kena tanggung bila hilang satu purse...

Dah lah purse kesayangan aku tuu... pakai pown tak sampai half year lagi.. dah hilang..



ni lah purse aku tu... geram pulak.. sayang kowt..
dah lah guna duit gaji aku..
RM169...
memang sadis..


okayh tu purse... 

tambah dengan buat IC baru RM 100..
atm card.. aku ada 3.. (RM12 x 3 = RM 36) + RM 12 hilang second time tu..

Matric card.. aku tak pasti berapa harga dia...

belum kad2 shopping lagi...

pastu yang sadisnya duit aku.. baru je cucuk.. dah lah RM 350 aku keluarkan...

memang melayang macam tu jer..

notes2 lama yang aku dowk simpan...

so.. bayangkan berapa kerugian aku tu..??

PESANAN buat semua..
please care of yourself!!

janganlah jadi macam aku nie..
dah lah menyusahkan orang.. so benda2 macam nie???

memang tragedy kt aku...

kalau naik teksi tu.. please take the number of the cab..

to makesure if something happen.. so you will be prepare yourself...


So bersyukurlah just hilang duit and kat aku tak jadi apa2 kan...

alkisahnya purse aku sampai sekarang tak dengar cerita..

tak pelah mungkin rezeki to those yang jumpa tu..

aku anggap sedekah jelah...


rezeki kat aku pulak, dek kejadian nie..

mak cik aku belikan purse baru kat aku!!

yeeheee!!

tapi bukan macam yang lama..
sebab kat mall yang aku pergi tu takk de pulak kedai charles keith tuu...



okayh sekian...

11 December 2014

Spaghetti Bolognese Cincai

Assalamualaikum wbt...

Terasa diri nie lama sangat menyepikan..

tup.. tup.. muncul pulak resepi kan...

Jujur sejujurnya, aku memang tak pandai masak kan...
tapi sikit-sikit tu boleh lah...

Kali nie kenapa excited sangat aku nak sharekan taw..
sebab kali nie aku and the girls was cooking tadi..
hahahha!!!

memang sesimple sangat-sangat bahan-bahan dia...
especially to students yang bawa rice cooker je tu ke...
yang bawa secara haram macam I nie kan... hahhaha

almaklumlah belajar memasak lah konon kan..

So whats the recipe kan..

anggaran dalam 10 orang makan ehh...
nie masak pown ada orang sponsor taw..
hehehe... thanks babe,,,

BAHAN-BAHAN:

  • 4 tin sos tradional Prego
  • 2 peket spaghetti
  • anggaran 1/2 botol kecil sos cili cap jagung... (nie kawan aku dowk Kedah dowk promote kata sedap.. "memang sedap pown")
  • lada hitam
  • 500 gm daging cincang
  • 10 batang sosej
  • 1 Biji bawang holland/ bawang kuning
  • garam secukup rasa

CARA HANGUSKANNYA:
  • panaskan minyak, tumis bawang tu yang dah dipotong dadu
  • tunggu naik bau, campak daging cincang tuu..
  • agak-agak macam dah 1/2 masak tu, tuang kuah prego 
  • lepas tu.. kacau pnya kacau
  • campur sos cili
  • tunggu sampai daging tu betul-betul nak masak, campur sosej
  • campur garam sikit
  • siap!!!
BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN...
aku just letak sepeket n setin ja

SPAGHETTI yang siap dimasak


12 August 2014

What I am doing in this Semester Break????

Assalamualaikum wbt...

Kenapa baru nak update about cuti sem nie..??
hahhhaa.. dont know lah..

busy maybe...???

Okayh lets start to the main topic's...

After two weeks aku membesarkan lemak dekat rumah and ternyata...
saya sangatlah bosan and tak tahu nak buat apa selain makan, tidur and mencuba resepi yang bukan-bukan...
rasanya makin gemuk aku woii...

and finally i had made a decision to work!!!

Okayh working? BEKERJA???

Aku pown tak tahu kenapa dalam banyak-banyak tempatkan...
aku boleh pilih 7-Eleven tuu....

saya pown tak tahu lah..

maybe sebab Jusco yang dekat dengan area rumah aku nie dah tutup... so, tak boleh nak kerja kat secret recipe tu balik...

hahhaha....

Sorry to say..
antara kerja yang the most i feel not enjoy and rasa nak cepat jer resign dari situ...
nie lah..

Bored, Tired (yelah.. kerja mana tak penatkan?).. annoy.. and so on..
Hanya Tuhan mengetahui apa yang aku rasa bila kerja kat situ...

Okayh... tak yah nak burukkan kerja tu..
rasa sendirilah baru tahu..


tu jer kowt.. and the most thing.. AKU TAK CUTI RAYA WOII!!!


okayhh bye..

7 July 2014

Segmen Jom Blogwalk ! by Mellya

Assalammualaikum.


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Dengan sukacitanya Mellya merasmikan Segmen Blogwalk kecil-kecilan anjuran Mellya sendiri. Hihi harap ramailah yang sudi join. Tambah kenalan, tambah page views sekali ye.


TAMAT 24 JULY 2014.
Syarat penyertaan :

**SYARAT WAJIB**
Create post bertajuk "Segmen Jom Blogwalk ! by Mellya"

Tinggalkan link penyertaan di entry ini sahaja 

**SYARAT TAK WAJIB** 
Follow Blog dan tekan iklan yang ada

P/S : Terima Kasih daun keladi bagi yang menjayakan Giveaway Mellya dan Iola serta Simple Giveaway Projek Dress Bajet. Tahniah juga buat pemenang :)


Okayhh memandangkan nie first time aku join blogwalk untuk blog nie..
hopely I have the chance yeahh... hhehehe..

5 July 2014

Vacation to Langkawi (Part III)

Assalamualaikum wbt..

Hyepp bersambung pasal cerita Vacation to Langkawi
yang sambungan daripada dua cerita nie tau...


Ha.. untuk kali nie, aku nak cerita pasal hari ketiga berada di Langkawi bermakna hari terakhir aku berada di Langkawi... ohh so sad!!! ;(

okayh bersambung cerita..
pagi tu, kitaorang pergi beras terbakar semula sebab one of us tertinggal barang kat sana pulak..
hehehehe...

after that, kitaorang singgah kedai ubat gamat..
ha! kat sana banyak kowt kedai or kilang ubat gamat tu..
korang boleh pilih, kedai mana korang nak..

ha.. next.. kitaorang pusing-pusing Pekan Kuah and again, shopping coklat for the second time..
hahhaha..
memborong weyhh...

last, pusing-pusinglah pulau tu.. until kitaorang balik checkout dari apartment tu..
dalam 2 lebih gitu..

lastly, gambar untuk hari terakhir kureng sikit...
semua malas nak snap...

heheehhe.. memang superb lah vacation kitaorang tuu..
nak diceritakan, semester pertama lagi dah pergi langkawi...
Ikutkan semester nie Redang pulak tapi, ada macam-macam masalah pulak..

hehhehe..
banyak pengalaman yang kitaorang dapat...
Aku enjoy weyh!!!

okayh jom aku letak gambar-gambar kenangan kat sana sikit...

ha!!! nie lah kebanggaan Langkawi..
besar gila kowt burung helang nie... 
nie tempat yang last kitaorang visited kat langkawi..


 nie lah driver kitaorang... and sorang lagi member aku jadi driver jugak...
 nasiblah ada dia nie... pandai bawa van tu..
dah la manual.. bukan senang kowt nak bawak...
tHankksss...

Peace yooo!!!!


poyo!!! kononnya nak tunjuk beg diorang sama... hehehehe 


 Okayhh end of our journey at Langkawi... jom...
nak balik dah nie...


memoria...

kenangan yang terpahat di hati...


okayhh habes sudah cerita pasal VACATION TO LANGKAWI...

The End...