Finally i just made my vacation outside from Malaysia. (big clap for myself)
Sebenarnya plan nak ke Krabi nie dari sem 2 tak silap aku lah, so by hook or by crook nak jugaklah pergi sebab dah alang-alang dekat dengan border nie kan.
First memang rancang nak pergi ramai-ramai, tapi biasalah hanya rancangan. Plan bukan main kan, so yang tinggal just aku dengan Dee je.
Aku just cakap dekat mak aku je nak pergi Krabi and nasiblah mak aku nie sporting even tahu aku pergi dua orang, dia lepas je cuma pesan macam-macam lah termasuk "souvenier".
So, masa cuti sem hari tu aku ngan dee dah booked pakej ke Krabi sebab almaklumlah dua-dua tak de pengalaman nak backpack ke nak melancong ke luar negara ni. Dengan harapan bila dengan pakej nie senang lah tapi bagi aku kalau korang semua nak ke Krabi, better pergi sendiri.
SEBAB APA??
-sebab kat sana senang je transportation dia and kalau pergi under pakej, masalah dia just time limitation-
-korang takkan puas nak stay satu-satu tempat tu lama-lama-
Time nak pergi tu jugaklah, kira dekat sebulan sebelum pergi baru kitaorang buat passport, tu pun buat dekat Imigresen Alor Star.
Okayh meh aku cerita macam mana aku pergi Krabi kan.
Kegigihan nak buat ala-ala backpack sangat. Antara barang-barang penting sekali.
Almaklumlahkan students, so kitaorang just naik kereta sapu dari UUM ke Bukit Kayu Hitam and sampai sana pukul 7.15 pagi. Nie semua gara-gara driver kereta sapu tu lambat and kebetulan yang tour guide kitaorang tu baru cakap kalau sampai lambat pun tak pe.
and aku be like.. What??
Tak pe lah sabar, dah lah memang tak tahu nak buat apa bila sampai imigresen Thailand tu, dengan white card tak tahu nak ambik macam mana--huhhh memang rasa seriau lah wehh... krik-krik kat sana.
Morning selfie is always the best
Nasiblah kan pandai survive, tanya-tanya dekat polis ke apa ntah yang jaga dekat border tu, Nasib lah diaorang faham whitecard. Kalau tak menangis terus kitaorang..
Dalam passport tu lah white card. So, nak masuk Thailand nie korang kena isi white card tau and white card nie ada dua keping, satu departure and satu lagi arrival. So, kalau kita nak masuk Thailand kita kena bagi Departure tu, tapi jangan koyakkan tau. Nanti pegawai imigresen sana nak cop and scan kad tu.
Ha nampak tu, nie time dekat border. Maknanya memang dah hujung negeri Kedah dah nie.
Lupa nak pesan, buat yang first time nak masuk Thailand dari Bukit Kayu Hitam kan nie tips dia:
-First korang akan jumpa imigresen Malaysia, kat situ korang just scan passport je and kalau naik kereta tak payah nak gigih turun tau
-lepas tu dalam 1km ke 2km macam tu korang akan jumpa imigresen Thailand
-Dekat imigresen Thailand nie, korang kena queue, atau yang naik kereta tu aku pun tak pasti apa yang diaorang kena buat sebab kitaorang jalan kaki dari duty free ke imigresen Thailand
-tips: RM1 sila selitkan dalam passport anda ye, sebab kalau tak jadi macam aku kena soal macam-macam dengan imigresen dia sebab tak letak RM1 JE KOT.. (lain kali cakap lah awal-awal nak RM1 pak cik oii), yang aku nie sengaja nak tengok kena letak ke tak. Sekali hambek kau kena tanya macam penyeludup je aku nie.
Time nie dah setengah jalan dah nak sampai Thailand.
Ok nak dijadikan cerita nasiblah tour guide kitaorang nie sampai masa tengah queue tu and terus macam huhhh leganya. Sebab apa tau risau lah kot-kot pakej yang kitaorang ambil nie pakej tipu ke apa kan. Dah lah masa queue tu ada orang tanya dengan kitaorang "betul ke pakej yang korang ambil ni?" Memang berdebar lahaiii..
Ok, pakej yang kitaorang ambil nie adalah mix trip dimana pakej nie campur jugak dengan orang lain. Kitaorang bernasib baik sebab dapat family yang sporting kot time join ke Krabi nie
Ok dah settle dengan tour guide kitaorang tu (mean segala bayaran lah, tukar duit kat Danok) singgah dulu makan dekat Danok.
Breakfast:
Kuih nie memang macam chakoi tapi kan serius rangup and garing plus makan dengan sangkaya dia. Umphhh.. sedap bak hang..
Time nie si Dee nie sibuk nak makan nasi lemak, padahal kat Malaysia boleh je kot dapat
Lepas Breakfast tu, kitaorang terus ke Krabi tapi singgah dulu dekat RnR Trang tapi time nie kitaorang tak turun pun sebab zohor pun belum masuk lagi. Duduk je dalam van tu.
and teruskan perjalanan sampailah ke Krabi.
Perjalanan dari Danok ke Krabi cuma mengambil masa 4-5 jam tapi disebabkan aku mabuk jalan, aku rasa macam 10 jam dalam van tu.
mabuk-mabuk pun, selfie sempat lagi.
First destination dekat Krabi ni adalah Le Khao Kop Cave - tiket masuk 100bath tapi tour guide kitaorang mintak tips 100bath so jadi 200bath.
Ok, nak remind dekat sini, siapa-siapa yang takut tempat sempit (Claustrophobia) better you don't do this. Sebab sumpah aku cakap gua nie memang betul-betul menyeramkan kot.
Korang kena baring dalam gua tua and camera pun kena simpan sebab permukaaan gua tu betul-betul dekat dengan muka korang. Nak menangis pun ada bila ada dalam gua tu.
Ada jugak kot tersekat time dalam gua tu, and luckily uncle yang bawak boat tu pandai imbangkan badan dimana dia terpaksa menekankan badan dia untuk tenggelamkan sampan tu supaya muka-muka and anggota badan kitaorang tak terkena.
kitaorang bahagi naik sampan, and bersyukur sebab tiga orang je dalam tu. Kalau tak mesti susah nak harung gua tu.
Nie kira pertengahan gua nie, dimana bot tu akan berhenti and kita boleh tengoklah hakisan-hakisan gua tu yang ada bentuk gajah and macam-macam lagi.
Kitaorang pun sebenarnya tak faham sangat Uncle tu cakap apa sebab english dia tak berapa nak fasih, so mengiyakan jelah.
Nie di katakan bentuk gajah. Apa yang aku nampak adalah kaki gajah je
Ni pulak, kononnya acara perkahwinan kot. (sorry kalau silap)
Tapi korang kena cuba jugak Le Khoa Kop Cave nie sebab betul-betul best and bagi korang pengalaman yang betul-betul best lah.. Korang kena rasa sendiri dekat sini.
Kalau nak dengar suara-suara kitaorang yang ketakutan masa dalam gua tu, nanti korang tengoklah video youtube kat bawah tu. Aku kasi link kat korang.
Ok lepas tu, kitaorang gerak ke Gastropod Fossil Shell untuk beli souvenir kat situ and dekat situ sebenarnya korang boleh bergambar dengan hakisan-hakisan ombak yang membentuk macam-mcam bentuk kerang, ketam and macam-macam lagi tapi ada tiket masuk tau. Cuma kitaorang tak masuk sebab mungkin kejar masa kot.
Ok lepas tu gerak pergi makan masa on the way nak ke hotel, tapi aku tak boleh blah betul dengan air teh Thailand. Memang rasa macam air teh boat noodle kot. Aku memang tak boleh masuk tekak dengan air teh diaorang.
Nie lah hotel kitaorang. THE PALACE AONANG.
Korang tengok je macam tu, tapi masuk dalam sumpah best gila. Ada swimming pool, (ada dalam video, cuba tengok nanti).
dari balkony hotel.
lighthing cermin dia lawa kot.
waktu magrib dia, siap boleh tengok sunset lagi kot.
Ok rest and mandi, malam tu kitaorang gerak pergi makan malam dekat kedai tempatan. Kedai tu satu apa tak de tulisan rumi kot, nasiblah ada tour guide kitaorang nie, dia bagitahu kitaorang nak apa2.
Tapi tomyam dia sedap kot..
Then, kitaorang balik hotel balik and terus jalan-jalan sekitar hotel tu. Hotel nie kan memang area-area Aonang, macam Chenang Langkawi tu. Nak ke Pantai pun 200 meter je. Dekat je.
Aonang Beach Walk.
Lepas dari tu, kitaorang pun balik bilik and tidur.
Tunggu sambungan Part 2 pulak ye, lagi banyak aktiviti nanti.





